Wednesday, December 1, 2010

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/Hari                           : 13hb Ogos 2009 ( Khamis )
Mata Pelajaran                    : Bahasa Melayu
Tahun                                    : 4 Waja
Bil. Murid                              : 37 Orang
Tema                                      : Yang Baik Jadikan Teladan
Tajuk                                      : Monyet yang pintar
Masa                                      : 7:10 – 8:10 am ( 60 minit )
Objektif                                  : Di akhir pelajaran ini murid-murid akan dapat :
i.          Mempersembahkan cerita dan menghuraikan sesuatu yang didengar dengan intonasi yang betul dan penghayatan yang sesuai.

  ii.         Menyatakan watak dan perwatakan dalam karya.

ii.         Menyatakan dan mengulas perkara yang menarik dalam karya.

Fokus Utama                       :  2.1  Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta
                                                           sebutan dan intonasi yang baik,  jelas  dan  teratur.
Aras 3(ii) Menghuraikan sesuatu perkara yang 
                didengar dengan bahasa yang betul.

Fokus Sampingan             : 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari
                                                          aspek tema dan  persoalan, watak  dan perwatakan,
                                                         nilai dan pengajaran dan gaya  bahasa.
                                                             Aras 1 (i) Mengecam watak yang terdapat
                                                                              dalam teks.
                                                             Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan  watak
                                                                               dalam teks.
   
Kemahiran Bahasa            ( Mendengar, Bertutur dan Menulis )
Sistem Bahasa                    : Tatabahasa  - Ayat Penyata, Simpulan Bahasa.
   Kosa Kata –  umpan, menyerah, berkorban dll.
                                                   Sebutan dan Intonasi – Intonasi bercerita.
Pengisian Kurikulum.
Ilmu                                        : Kesusasteraan
Nilai Murni                            : Baik hati, Keinsafan, Keberanian.
Kewarganegaraan (kwg)  : Bertindak dengan wajar.
Kemahiran Bernilai            Tambah ( KBT )
Kemahiran Berfikir             : Mencirikan, menilai.
Kecerdasan Pelbagai        : Verbal Linguistik, interpersonal.
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid telah membaca cerita ’Monyet yang Pintar’
  sebelum ini.
Bahan Bantu Belajar         : Gambar bersiri, Gambar haiwan, Kad frasa.

Isi Pelajaran
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Pengenalan watak-watak binatang.

  • Monyet
  • Singa
  • Kijang
  • Kambing tua
Set Induksi ( 5 minit )
  1. Guru meminta murid membunyikan sambil menunjukkan sifat perwatakan beberapa jenis binatang.
  1. Beberapa orang Murid meniru gaya binatang sementara yang lain menyuarakankan bunyi binatang yang ditunjukkan oleh guru di hadapan.
  1. Guru mengaitkan perlakuan yang ditunjukkan dengan cerita yang telah dibaca dan isi pelajaran seterusnya.

KBT  : ( KP ) -
          Interpersonal.
BBB  : Gambar
             Haiwan.


’Monyet yang Pintar’

* Watak & Perwatakan;
   * singa – Ganas
   * Monyet - Berani
   * Kijang–Penyayang
   * Kambing tua – Baik
                             hati.

Watak disukai- monyet
- pintar dan berjaya
  menyelamatkan
  binatang di hutan.




Aktiviti Simulasi;
(Beberapa watak  binatang cuba mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan rakan yang lain daripada  menjadi  mangsa sang singa).

 *berpandukan gambar
   bersiri.

 *menggunakan dialog
   sendiri  dengan
   watak yang disukai.




Langkah menyelamat-
kan binatang lain dari menjadi mangsa Sang Singa yang ganas.
- Mengali lubang dan menutupnya dengan daun.
-  Umpan diletak di atas
Daun tadi dan buat helah supaya singa menangkap umpan tersebut.
-  Singa terjatuh ke dalam lubang.

Simpulan Bahasa :
*Cari jalan – Berikhtiar menyelesaikan sasuatu perkara.
*Naik darah – terlalu marah
*Ada hati- mempunyai keinginan.
*Ada jalan- ada cara penyelesaian.

Langkah 1 ( 10 minit )
  1. Guru meminta beberapa
Orang murid menceritakan kisah ’Monyet yang Pintar’di hadapan kelas.

  1. Murid yang lain mendengar dan menyatakan watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita.
  1. Murid menyatakan watak yang disukai oleh mereka dan sebabnya.
Langkah 2 ( 10 minit )

1.    Guru memberi peluang
Kepada beberapa murid tampil ke hadapan kelas untuk melakonkan cerita tadi berdasarkan gambar bersiri yang dipaparkan dengan bahasa dan intonasi yang betul.

2.   Murid lain memerhati dan mencatat beberapa kata simpulan bahasa yang digunakan oleh watak dalam lakonan.

Langkah 3 (15 minit )

  1. Guru menyoal dan murid menghuraikan langkah
penyelesaian yang dibuat oleh rakan-rakan mereka dalam lakonan binatang watak tadi.

  1. Guru dan Murid 
membincangkan maksud
simpulan bahasa yang didengar dalam diaolg tadi.

  1. Murid secara berpasangan di minta untuk membina ayat daripada simpulan bahasa itu tadi untuk menunjukkan maksudnya


Ilmu : Kesusteraan
Nilai : Baik hati,
          Berani dan
           Insaf.
KBT : Interpersonal,
           Verbal -
           Linguistik,
           Mencirikan
           dan menilai.
BBB :  Gambar siri,
            Kad frasa,
            
           


Rumusan isi pelajaran.
Sosial :
-          Pujian dan motivasi

-       Usaha kerjasama.

Kerja rumah.
Penutup ( 5 minit )

  1. Guru merumuskan isi
Isi pelajaran dan nilai
murni yang terdapat dalam cerita itu.

  1. Secara individu murid diminta untuk menyenaraikan 10 simpulan bahasa yang mempunyai perkataan ”hati”.


Disediakan Oleh ;                                                                
Roselia @Fatimah Bt. C. Pangiran
PGSR802/BMM3102